RENTAS 2025

Persidangan Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu

Banner RENTAS 2025

Persidangan Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu (RENTAS 2025) merupakan edisi ketiga persidangan yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia (UUM). Pada kali ini, RENTAS 2025 dijayakan dengan kerjasama antarabangsa bersama Universitas Padjajaran (UNPAD), Indonesia; Prince of Songkla University (PSU), Thailand; dan Akademi Jawi Malaysia (AJM). Persidangan ini akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 1 dan 2 Oktober 2025 (Rabu dan Khamis), secara bersemuka dan dalam talian. Bertemakan "Interaksi Bahasa dan Kemanusiaan: Perspektif Bahasa, Sastera dan Budaya", RENTAS 2025 membuka ruang perbincangan dalam kerangka bahasa dan linguistik, kesusasteraan kontemporari serta budaya dan warisan. Penyertaan daripada para sarjana, penyelidik, dan peminat ilmu dijangka akan memeriahkan sesi pertukaran ilmu dan pandangan sepanjang persidangan ini.

Kira Detik ke RENTAS 2025

Muat Turun Template Abstrak

Sila gunakan templat yang disediakan untuk penghantaran abstrak dan abstrak lanjutan:

Muat Turun Template Abstrak Muat Turun Template Abstrak Lanjutan

Muat Turun Poster Persidangan

Klik butang di bawah untuk memuat turun poster rasmi RENTAS 2025 dalam format PNG:

Muat Turun Poster RENTAS 2025

Tema

Interaksi Teknologi dan Kemanusiaan: Perspektif Bahasa, Sastera dan Budaya

Maklumat Persidangan

  • Tarikh: 1 & 2 Oktober 2025 (Rabu dan Khamis)
  • Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
  • Tempat: EDC Hotel & Resorts, Universiti Utara Malaysia
  • Mod: Bersemuka dan Dalam Talian

Sub-Tema

  • Bahasa dan Linguistik
  • Kesusasteraan Kontemporari
  • Budaya dan Warisan

Bahasa Persidangan

  • Bahasa Melayu (BM)
  • Bahasa Inggeris (EN)

Tarikh Penting

Butiran Tarikh
Tarikh Akhir Penghantaran Abstrak15 Julai 2025
Notis Penerimaan Abstrak16 Julai 2025
Penghantaran Abstrak Lanjutan31 Julai 2025

Yuran Pendaftaran

Kategori Yuran
PembentangRM500 / USD120
Pembentang PelajarRM250 / USD55
PesertaRM150

Peluang Penerbitan

Kertas kerja terpilih akan diterbitkan dalam RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya.

Hantar Abstrak / Kertas Kerja
Pengucaptama Utama
  • Prof. Dr. Aquarini Priyatna
    Universitas Padjajaran (UNPAD), Indonesia
  • Asst. Prof. Ruslan Uthai
    Prince of Songkla University (PSU), Thailand
  • Prof. Madya Dr. Rohaya Md Ali
    Universiti Utara Malaysia
Hubungi Urus Setia

Dr. Mohamed Nazreen: nazreen@uum.edu.my

Dr. Mohd Tarmizi: h.tarmizi@uum.edu.my

Mohd Haniff: mohdhaniff@uum.edu.my

Dr. Mohamad Zakuan: zakuan@uum.edu.my